Hanya Kau Yang Ku Tunguu

Hanya Kau Yang Ku Tunguu
Insan Kerdil Yang Sedang Mencari Redha Ilahi.

Sabtu, 13 Ogos 2016

   ~ JODOH DIRUMAH ATAU SEKOLAH?? 4~



 "Weehhh, jalanlah perlahan sikit. Kau kenapa jalan laju sangat ni?. Bukan ada hantu yang tengah kejar kita pun. Perlahanlah sikit. Aku dah nak terjatuh tau tak?"

Aina ni memang suka membebel betul lah. Tak penat ke asyik bercakap je..Aku hanya buat tak tau saja dan tetap menarik Aina untuk berjalan mengikut kelajuan aku malah semakin lama semakin laju pulak. Kalau dalam pertandingan sekarang mesti aku dah menang.


"wehh, kau dengar tak aku cakap apa ni?. Saharah oiiii...kau dengar tak???"

Tiba-tiba Aina menarik tangan aku dan memaksa aku untuk berhenti daripada terus berjalan.

"Aduhh, sakit lah."  Adu aku kepada Aina.

"Sakit??, Dari tadi kau tarik aku tu. aku tak rasa sakit lah? Sampai nak terjatuh tu? Tak sakit ke Saharah?? Aku ni kayu ke? kalau orang tarik kuat-kuat macam tu, aku takkan rasa sakit. Kau fikir aku ada ilmu kebal ke?"

Sudah. Salah aku jugak yang tarik dia kuat sangat tadi. Sekali kena marah daa..

"Stopp!!, berhenti membebel. Ok...sorry sebab tarik kau kuat sangat. Aku cuma nak cepat je. Kau tu yang jalan lambat sangat, aku tarik lah kau, biar kau jalan cepat sikit."

'"Kau kenapa nak jalan cepat-cepat sangat? Tetiba lak kau nak jalan cepat-cepat. Tadi aku tak habis cakap lagi kau dah tarik aku. Kau kenpa sebenarnya ni?"

"Ok..sorry, ni la yang aku nak bagitahu kau ni. Kau ingat tak budak yang aku terlanggar minggu lepas sampai aku pengsan?. Yang nama dia Araf tu. Dia sekarang jiran depan rumah aku. Banyak yang berlaku masa cuti seminggu tu. Banyak yang kau terlepas. Dipendekkan cerita, aku dah semakin rapat dengan Araf. Aku rasa nak kenakan dia pulak hari ini. Tu yang aku tari kau jalan cepat-cepat. Aku nak kita sampai sekolah dulu, nanti senang lah aku nak plan. Faham tak Aina??"

"Astagfirullah...Saharah Saharah, apa la kau ni. Kau kenal dia tak sampai sebulan pun we.. kau jangan nak buat hal lak. Kau tak terfikir ke? kalau lah lepas kau kenakan dia, hubungan kau dengan dia terjejas. Elok-elok baik, tiba-tiba jadi tak baik. Jadi musuh. Semuanya hanya disebabkan plan kau yang nak kenakan dia. Fikir elok-elok Saharah. Jangan buat keputusan melulu."

Tu dia..Sekali Aina buka mulut, tergamam, terdiam, terpegun aku dibuatnya. Betul juga apa yang Aina cakapkan tu. Kalau tindakan yang aku nak buat tu akan menjejaskan hubungan aku dengan Araf macam mana? Aku yang meroyan tak bertempat nanti. Sedang aku fikirkan apa yang Aina cakap kan tadi, tiba-tiba Araf datang.

"Assalamualaikum Saharah, Aina. Kenapa berdiri dekat sini? Ada apa-apa masalah ke?"

"walaikumussalam, tak ada apa lah. Saja je nak berdiri kat sini. Rasa malas pulak nak pergi sekolah awal-awal." Jawab Aina.

"Oh yeke..ingatkan ada apa-apa tadi. Saharah ok tak ni? diam je dari tadi. Awak ok tak?

"Haa?, saya...saya...saya ok..tak ada apalah..Awalnya awak pergi sekolah. Ada yang menunggu ke kat sekolah tu?'  Aku menjawab sambil tergagap-gagap.

"HaHaHa, mana ada siapa-siapa yang nak tunggu saya kat sekolah tu. Saja je nak pergi sekolah awal sikit hari ini. Rasa bersemangat pulak hari ini. Lagi-lagi bila tengok muka awak, lagi lah bertambah semngat saya.'

OH MY ALLAHH!! Aku rasa muka aku tengah merah sangat-sangat. Kenapa dia selalu buat aku rasa kembang setaman?? Ya Allah, bantu lah aku untuk mengawal perasaan ini. Jangan lah disebabkan perasaan ini, hati aku semakin lalai dalam mengingatimu Ya Allah. Aku berdoa di dalam hati yang kecik ini.

"Woahhh..ada orang bukak ayat sweet kalah gula melaka lah pagi-pagi macam ni. Dah lah. Layan korang lama-lama buatkan aku lambat pergi sekolah je lah. Jomlah Saharah. Nanti lambat pulak kita. Kami jalan dulu ye Araf? Assalamulaikum."

Selamat Aina menyalamatkan keadaan. Aku tak sanggup duduk situ lama-lama. Rasa macam muka ni kena bakar je.

"thanks beb, sayang kau sangat-sangat. Kalau kau tak tolong aku tadi, tak tau lah apa yang jadi nanti. Terima kasih sangat-sangat."


"No hal la beb..kata membe, membe mesti selalu tolong menolong, betul tak?"

Aku tersenyum mendengar jawapan Aina. Kami sama-sama jalan menuju ke sekolah. Aku sempat menoleh ke belakang. Aku melihat Araf jalan seorang dir. Rasa macam nak panggil dia jalan dengan kitorang je..tapi aku tak berani ak cakap. Lalu aku biarkan je dia. Nnti ada lah kawan dia tu.


***

Pejam celik -pejam celik, SPM telah menjelmakan dirinya. Sepanjang tempoh itu juga aku Araf dan Aina semakin rapat. Kami akan selalu mengulang kaji pelajaran sama-sama, joging dan buat macam-macam lagi aktiviti bersama-sama. Hari ini kami akan bersama-sama berjuang untuk menjawab semua soalan SPM dengan bersungguh-sungguh. Sebelum pergi ke sekolah pada hari itu, aku sempat meminta restu ibu dan meminta ibu berdoa agar aku dapat menjawab semua soalan SPM dengan betul dan tanpa ada rasa ragu-ragu.


Di sekolah aku lihat semua pelajar tingkatan 5 rata-ratanya memegang kertas-kertas nota dan membacanya. Ada yang sedang meghafal fomula, ada yang sedang mmebuat soalan-soalan SPM tahun lepas dan macam-macam lagi. Aku tidak membuat apa-apa pun dan hanya diam kerana ayah ada pesan, sebelum masuk dewan peperiksaan, kurangkan bercakap dan jangan baca apa-apa lagi. Takut nanti otak jadi tepu dan ada wayar yang putus dan seterusnya menyebabkan anda tidak menjawab soalan peperiksaan. HaHaHa. memang kelakar tapi itu la faktanya.

Aku, Aina dan Araf hanya berdiam diri dan perbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W. agar hati menjadi tenang dan otak dapat berfikir dengan jelas. Tiba-tiba aku terfikir, apakah yang akan terjadi selepas SPM habis? Adakah aku harus berpisah dengan rakan-rakan aku? adakah aku akan terpisah dengan...............ARAF??? Ya Allah, takut lah pulak. tapi takpe.. Saharah, jangan fikirkan sangat. Ingat pesan ibu Saharah. Semua nya TAKDIR. Kau kena focus dekat SPM je sekarang. Yang lain biar Allah je yang uruskan....


Semoga aku dapat jawab soalan SPM dengan hati yang tenang........

                                                                 


                                                                    ~bersambung~