Hanya Kau Yang Ku Tunguu

Hanya Kau Yang Ku Tunguu
Insan Kerdil Yang Sedang Mencari Redha Ilahi.

Ahad, 8 Mei 2016

JODOH DI RUMAH ATAU SEKOLAH?? 2



"HORAYY!!" cuti sekolah menjelma lagi. Satu nikmat untuk seorang insan yang bergelar pelajar. Hanya insan yang bergelar pelajar sahaja yang tahu nikmat bercuti sekolah. Aku tidak terkecuali untuk merasai nikmat tersebut. Bestnya cuti sekolah. Hanya pada waktu cuti sekolah sahaja kami yang bergelar pelajar sekolah bebas untuk pergi ke mana sahaja yang kami inginkan. Ok stop cerita pasal "nikmatnya cuti sekolah". Cuti sekolah kali ini agak memboringkan sedikit bagi aku kerana mak dan ayah aku tidak boleh membawa aku bercuti disebabkan oleh tuntutan kerja. "Huarghh"..rasa nak menangis pun ada jugak. Aina mengajak aku untuk mengikut famli dia bercuti ke Cameron Highland tapi aku menolaknya kerana aku malu. Famili Aina memang tak keberatan nak bawa aku bercuti bersama mereka tapi aku yang keberatan ingin membawa diri aku mengikut mereka. Tindakan yang paling pandai yang aku pernah buat dalam hidup aku ialah dengan menolak tuah. "HUARGHH"


***

Hari ini sudah hari ketiga kami yang bergelar pelajar bercuti. Dan ianya juga merupakan hari ketiga aku terperap di dalam rumah ku yang indah ini. Dan ianya juga merupakan hari ketiga aku tidak bertemu dengan Aina dan....... dan siapa???? dan Araf lah..crush aku didalam diam..ececehh.. dh pandai bercrush-crush ye saharah.. nak kena bagitahu mak dan ayah ni..ishh, mahu naya aku kalau mak dan ayah tahu. 3 hari 3 malam lah aku kena berceramah. Duhai Araf kau rindukan aku tak??
Aku rindukan kau sangat-sangat. Kadang-kadang rasa nak bersekolah je hari-hari. Biar hari-hari aku dapat tengok muka kau. Kenapa kau handsome sangat?? kau buat aku tak tidur malam tahu tak?
macam mana la kau nak tahu kalau aku tak bagitahu betul tak?
Haishh.bosan lah. Layan weechat kejap lah. ,Mana tahu kalau Aina ada masuk kan gambar dia sedang bercuti, boleh lah aku mencuci mata sikit.
Kan betul Aina ada masukkan gambar dia sedang bercuti. "WARHH" jelous nye. Itu lah siapa yang suruh tolak tuah. Kan dah kempunan. Hermm. "Ni siapa pulak yang add aku ni? budak mana ni? aku kenal tak?...."WHAT???" Araf add aku???? "WOW" terasa nk wat lompat bintang 100 kali dalam 5 saat pulak. Happynya.... tunggu apa lagi?? approve lah. "jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama dia diambil orang" ehhh..ternyanyi lak..Tidur lena lah aku malam ni....


***

"Good Morning World".. indahnya mimpi aku malam tadi. Nak tahu tak aku mimpi apa? meh dekat sikit cek nk habak ni...cek mimpi............adalah mana boleh bagitahu..sibuk je nak tahu mimpi orang.
"Asalamualaikum mak, good morning, mak sihat hari ini?" "Walaikumussalam, morning sweet heart. ni kenapa happy semacam je pagi ni? ada apa-apa ke yang nk share dengan mak? "Mana ada apa-apa mak,saharah memang selalu happy ape, Mak masak apa hari ini? banyak nye mak masak? ada orang nak datang rumah kita ke mak?" " mana ada siapa-siapa yang nk datang, mak masak banyak sikit hari ini sebab depan rumah kita tu ada orang yang baru pindah masuk. mak ingat nak bagi sikit lauk yang mak masak ni kat dia orang." "oohh, patut lah,sape yang pindah tu mak? lelaki ke perempuan?" "yang pindah laki dan perempuan,dh tua dan ada seorang anak lelaki yang kacak tuan puteri. tuan puteri daha dapatkan jawapan yang tuan puteri inginkan? sekarang boleh tuan puteri tolong hamba tak?"
"hehehe, alaa mak ni,orang tanya pun salah. mak nak mintak tolong apa?"
"apa-apa je lah anak ku, sekarang tolong mak hantarkan lauk ni ke rumah pak cik yang baru pindah tu boleh tak?" 'mesti la boleh,saharah pun nak berkenalan dengan jiran baru kita tu jugak. manalah tahu kut-kut la sangkut dengan anak teruna pak cik tak ke untung mak? AUCHH..mak sakit lah,jangan lah cubit kuat sangat, nanti hilang "keayuan" anak mak ni" "siapa yang suruh kamu menggatal sangat, sekolah tak habis lagi ada hati nak dekat anak teruna orang." "hehehe, saharah gurau je lah, saharah sedar saharah ni siapa. saharah pergi berkenalan dengan jiran baru kita tu ya mak? assalamualaikum" mak hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat aku ini. hahahaha.. My Mom Is The Best Mom In The World..

***

Assalamulaikum, pak cik ,mak cik, assalamualaikum, assalam...."WHAT??? aku sedang bermimpi ke??? somebody please wake me up.. " walaikumussalam, ehh saharah" what?? dia tau nama aku??
" oohh.. awak mesti anak mak cik syarifah kan? kecil je dunia ini..Dan sekali lagi aku terasa dunia aku gelap.



>>>>>>bersambung>>>>>>


akan bersambung.....























JODOH DI RUMAH ATAU SEKOLAH??



"kringgg".lonceng waktu persekolahan berbunyi.Aku berjalan dengan langkah yang laju. Aku terlambat lagi hari ini. Ini semua gara-gara melayan cerita korea semalam. Aku tidak sedar pukul berapa aku tertidur,sedar-sedar sahaja jam sudah menunjukan pukul 7:10 minit pagi. Aku bergegas menuju ke perhimpunan. Aku berjalan sambil menunduk ke bawah kerana tidak mahu sesiapa melihat aku datang lewat ke sekolah hari ini.



"BUKK"..aduhh..sakitnya kepala aku..terlanggar anak gajah ke??sakitnya Ya Allah...rasa nak nangis pun ada gak..apa malang sangat nasib aku harini. Dah lah lambat datang ke sekolah,lepastu terlanggar anak gajah pulak.."ehh" dari tadi aku sebut anak gajah, betul ke aku terlanggar anak gajah??.aku mendongak ke atas dan................"WAHH KACAKNYA!!!!..ini bukan anak gajah..ini anak aaron aziz.."mak adik nak kawin dengan dia".

"ehemm,awak ok x??.sakit sangat ke sampai dh tak boleh nk cakap??
awak saya mintak maaf sangat-sangat. silap saya jalan tak pandang depan. saya mintak maaf awak..
awak ok x ni?? awak?? awak?? awak dengar tak ni?? saya mintak maaf ni..
Ya Allah..suara dia..merdunya..terserlah kejantanan dia..dan tiba-tiba dunia aku gelap...

***
"Aduh sakitnya kepala aku. Aku kat mana ni??"
"Awak dah sedar?? awak nak apa-apa tak? saya ambilkan. awak nak air ke??"
aq hanya mampu mengangukkan kepala sahaja. memang tekak aq kering sangat. tak mampu nak bersuara. Dia menghulurkan segelas cawan berisi air kepada aku.  Aku mengambilnya dan menghirupnya perlahan-lahan. Aku melihat sekililing aku. Rupanya aku berada di bilik kesihatan. Aku bertanya kepada dia dengan suara yang serak.
"macam mana saya boleh ada kat sini? apa yang dh jadi?"
"betul ke awak tak ingat apa-apa??
Aikk??aku tanya dia, dia tanya aku balik. aku hanya menggelengkan kepala aku sahaja.tanda aku tak ingat apa-apa pun.. Aku nampak dia seperti serba-salah nk bercakap. Aku hairan dan bertanya pada dia
"awak saya tanya ni macam mana saya boleh ada kat sini??awk boleh jawab tak soalan saya ni?"
Tiba-tiba pintu bilik kesihatan diketuk dari luar, lalu masuk lah sahabat aku  iaitu Aina dengan senyuman yang sangat manis. dia melangkah ke arah kami berdua.
'kau macam mana sekarang? dah ok ke? ada sakit kepala lagi x?
aku hanya tersenyum dan menjawab "aku ok lah. weh, macam mana aku boleh ada kat sini ehh?
Aku bertanya kepada Aina.kalau aku tanya si "dia" tu,sampai esok pun aku tak dapat jawapan agaknya lah. Aina tergelak mendengar soalan aku. Aku geram lalu mencubit Aina dengan tangan ketam aku ini. Aina mengaduh kerana berasa sakit dengan cubitan aku. 
"ishh kau ni kan,sakit-sakit pun bila cubit orang still kuat kan? Aku tersenyum bangga dan menjawab "ye lah bila aku tanya ko boleh pulak gelak? kelakar sangat ke soalan aku tadi?? jawab la kenapa aku kat sini?? 
"ishh kau ni, takkan la Araf x bagitau kau lagi?
ohh..sekarang baru aku tau nama si "dia" ialah Araf. emm..sedap nama..muka pun not bad. kena dengan taste aku lah.
"kalau dia dah bagitau aku kenapa aku kat sini memang tak lah aku nk tanya kau lagi. apa punya soalan la we..cuba cari soalan yang high class sikit. yang kena dengan kepintaran aku ni.
"ermm..dah mula dah "perasan" dia. ye la.aku jawab soalan kau ni ok?dengar elok-elok. jangan asyik nak pandang muka Araf je .aku tak nak ulang lagi dah jawapan aku ni."  opss terkantoi pulak yang aku asyik pandang muka Araf. sahabat ku, anda mempunyai pemerhatian yang sangat bagus. 
"kau ada kat sini sebab masa kau datang sekolah tadi kau terlanggar si Araf ni. tak de angin tak de ribut kau tetiba pengsan. terkejut beruk aku bila nampak kau pengsan. Tapi kan weh, aku tak terasa kau pengsan sebab terlanggar Araf. Aku rasa kau pengsan sebab kau"... Aina berbisik di telinga aku
terkedu aku bila dengar Aina cakap macam tu. Muka aku terasa panas. dan aku pasti muka aku mesti merah sekarang. Ya Allah malunya!!! aku rasa nk sorokkan muka aku dalam batu belah batu bertangkup sekarang ni..MALUNYE!!! 

***
Sejak dari hari aku pengsan tu, aku dah tak berani lagi jalan sambil menunduk. aku takut pisang berbuah dua kali. Sejak dari hari itu jugak aku selalu memerhatikan Araf. Aku rasa aku dh jatuh hati tahap bertimpa-timpa dah sekarang ini. Yang tahu perasaan aku ini hanya lah aku dan Allah sahaja.
biarlah perasaan ini kekal sebagai rahsia sehingga lah tiba masa yang sesuai akan aku luah kan perasaan ini pada orang yang sesuai...


>>>>>>bersambung>>>>>>


akan bersambung kemudian....